Sunday, 6 November 2016

Kepentingan Pelaksanaan Kitar Semula kepada Manusia dan Alam Sekitar

KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.

1. Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
2. Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
3. Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.

KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA

Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya.

1. Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
2. Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
3. Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.

Laporan Pertandingan Menghias Pintu Gerbang Tadika Menggunakan Bahan Kitar Semula


Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang

Tarikh : 8 Julai 2015

Tempat : Tabika Perpaduan Perumahan JPN, Gua Musang


Pertandingan Menghias Pintu Gerbang Tabika menggunakan bahan kitar semula merupakan program ajuran JPNIN Daerah Gua Musang. Sebanyak 9 buah Kelas Tabika Tabika Perpaduan telah menyertai pertandingan ini.

Tujuan pertandingan ini adalah:

i) menjadikan gaya hidup sihat dari aspek penggunaan bahan-bahan terbuang atau terpakai dalam memberi nilai tambah kepada keceriaan tabika.

ii) melahirkan perasaan cintakan keindahan dan kebersihan dikalangan kanak-kanak, ibu bapa dan komuniti setempat.

iii) mewujudkan sikap kerjasama dan tolong-menolong dalam merealisasikan Tabika Perpaduan sebagai Tabika Pilihan No. 1 Ibu Bapa.






AKTIVITI KITAR SEMULA

Pada 12 Jun 2012, pukul 9.00 pagi, warga kerja Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam dibantu oleh warga kerja Bahagian Teknikal telah menjalankan program 3R iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula di SMK Langgar, Langgar. Setelah aktiviti 3R yang lalu bersama pihak pengurusan sekolah berkenaan pada 27 Mac 2012, sekali lagi pihak PPSPPA dipanggil untuk menjalankan program tersebut.





Anggota Bahagian Teknikal, PPSPPA yang menyertai program tersebut ialah En. Raja Mohd Radzi Bin Raja Abd Jalil dan Cik Wan Nor Ilza Binti Wan Mohd Yatim yang diketuai oleh En. Khairul Azmi Bin Mohd Yunus banyak membantu dari segi tenaga kerja dan patut diberi pujian. Antara warga kerja Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam ialah En. Mohd Azrul Bin Azmi dan Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar. Warga kerja Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd yang terlibat ialah Pak Hamid dan rakan-rakan.





Kutipan untuk sekolah cemerlang dan sentiasa mencatat kutipan tertinggi pada setiap tahun dalam program 3R ini ialah sebanyak 2 tan lebih bersamaan dengan hampir RM 1,000.00!

Bahan-bahan Kitar Semula





Bahan kitar semula yang biasanya dilakukan oleh penduduk di kampung saya ialah kertas dari surat khabar, majalah, buku tulis, tekstil, dari kain baju, kain perca dan kaca dari botol kaca, cermin, tingkap.

Idea Kreatif Barang Terbuang - Kitar Semula

Tin-tin kosong ini pula dijadikan bekas serbaguna yang sungguh menarik dan pelbagai kegunaan. Cara-cara membuatnya juga mudah. Idea kreatif barang terbuang yang boleh dijadikan salah satu aktiviti anak-anak anda di waktu terluang semasa cuti sekolah ini.


Gelung-gelung tisu atau apa sahaja gelung kertas yang sudah kehabisan isinya, sudah pasti akan dibuang begitu sahaja, tetapi jika diguna semula dengan kreatif, ianya mampu menjadi barangan berlainan fungsi yang berguna dan menawan.


Melalui idea kreatif ini, barang terbuang seperti botol-botol plastik boleh di guna semula untuk dijadikan sebagai pasu untuk tanaman herba anda atau boleh juga di jadikan bekas serbaguna. Bentuk botol-botol ini yang mempunyai pemegang menjadikan ianya mudah untuk digantung. Idea kitar semula yang sungguh menarik dan mudah untuk anda lakukan.


Ini pula idea kreatif barang terbuang dengan kaedah kitar semula kotak-kotak untuk di jadikan tempat simpanan yang berguna dan menarik. Tiada pembaziran dan bermanfaat pula untuk anda.

BERITA KITAR SEMULA: KL Festival City sambut Bulan Bumi

Kuala Lumpur: Pusat beli-belah KL Festival City (KL Festival City Mall) menyambut Bulan Bumi (Earth Month) bersempena dengan sambutan Hari Bumi atau ‘Earth Day’ yang disambut pada 22 April setiap tahun oleh lebih 180 negara di seluruh dunia.
Sambutan yang berlangsung sejak awal bulan hingga 22 April itu bertemakan ‘Eco Artisans’ dan mengetengahkan seni barangan kitar semula selari dengan mesej yang ingin disampaikan kepada orang ramai iaitu melindungi alam sekitar.
Pengurus Pemasaran KL Festival City Mall Too Yee Ping berkata, pihaknya percaya seni seumpama itu adalah landasan yang sesuai dalam memupuk semangat cintakan kehijauan dalam kalangan masyarakat.
“Suasana pusat beli-belah ini berseri dengan hasil kreatif dari botol yang dikitar semula oleh Malaysia Institute of Art (MIA) dan Yayasan Tzu Chi Malaysia.
“Kami harap dapat menarik minat rakyat Malaysia untuk menjaga alam sekitar dengan cara yang lebih bergaya seperti penghasilan seni yang dipamerkan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran rasmi ‘Earth Month’, semalam.
Beliau berkata, antara aktiviti yang akan dijalankan sempena sambutan itu adalah pemberian botol air BROS secara percuma (dengan pembelian RM200 ke atas) dan ‘Crafty Collection’ atau jualan hasil seni kitar semula oleh MIA dan Yayasan Tzu Chi Malaysia.
Katanya, pengguna media sosial boleh menyertai pertandingan ‘Artsy Selfie’ dengan menghantar gambar ‘selfie’ dengan seni kitar semula yang dipamerkan di pusat beli-belah itu ke Facebook rasminya iaitu www.facebook.com/KLFestivalCity.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 8:23 AM

KITAR SEMULA


Pengenalan

Aktiviti kitar semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan. Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru. Sebagai contoh, anda boleh mengecas semula bateri yang boleh dicas semula sekerap mungkin bagi mengelakkan pembaziran sisa pepejal berbanding bateri yang tidak boleh dicas. Seterusnya, ia dapat memastikan kita dapat mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber asli semula jadi.

Kepentingan aktiviti kitar semula

         Dengan menggunakan dan membeli bahan-bahan atau produk-produk yang dapat digunakan semula, kita dapat mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan untuk pengekstrakan, pengangkutan dan pemprosesan bahan asli. Apabila keperluan tenaga menurun, pembakaran bahan api fosil berkurangan dan penghasilan serta pelepasan gas karbon dioksida (CO2) ke atmosfera dapat dikurangkan. Kelebihan-kelebihan penggunaan semula adalah: 


Image 15

  • Pemeliharaan sumber semula jadi

Sisa pepejal bukan hanya terhasil apabila pengguna membuang barangan yang tidak diperlukan tetapi ia bermula dari pemprosesan bahan mentah, pengangkutan dan kemudahan pengilangan barang-barang terpakai. Penggunaan semula barang-barang dapat mengurangkan sisa pepejal yang terhasil seterusnya mengurangkan pembelian barang-barang baru. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan permintaan barang di pasaran dan menurunkan kadar penggunaan sumber semulajadi untuk pemprosesan barang baru.

  • Mengurangkan penghasilan sisa berbahaya

Memilih barang-barang tidak berbahaya atau kurang berbahaya merupakan komponen lain yang penting dalam pengurangan sumber. Menggantikan barang kurang berbahaya dalam barang-barang tertentu (produk pembersihan atau racun yang digunakan untuk membunuh makhluk perosak), berkongsi produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya daripada membuang lebihannya, membaca arahan label secara teliti dan menggunakan dalam kuantiti yang sedikit adalah cara mengurangkan penghasilan sisa berbahaya yang tidak boleh dikitar semula.

  • Menjimatkan kos

Mengurangkan penghasilan sisa pepejal yang dibuang akan menjimatkan kos pelupusan sisa pepejal. Ia juga membantu penjimatan ekonomi bagi komuniti, perniagaan, sekolah dan pengguna-pengguna individu.

Image 14


  • Perniagaan sektor industri

Juga mempunyai insentif ekonomi dengan amalan pengurangan sumber. Apabila peniaga menghasilkan barang – barang yang kurang pembungkusan pembelian, penggunaan bahan mentah dapat dikurangkan. Pengurangan dalam kos pengeluaran juga menyebabkan jumlah keuntungan yang besar. Ia boleh dialirkan terus kepada pengguna dalam bentuk harga barang yang rendah.


Image 13

  • Pengguna.

Pengguna juga boleh berkongsi keuntungan ekonomi daripada pengurangan sumber. Membeli barang secara pukal, dengan pembungkusan yang kurang atau yang boleh digunakan semula dengan kerap membawa kepada penjimatan kos. Apa yang baik untuk alam sekitar juga baik untuk poket anda! Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, sebelum anda membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan semula. Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk menggunakan semula barang-barang yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita. 

Penutup

Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, sebelum anda membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan semula. Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk menggunakan semula barang-barang yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.