Kuala Lumpur: Pusat beli-belah KL Festival City (KL Festival City Mall) menyambut Bulan Bumi (Earth Month) bersempena dengan sambutan Hari Bumi atau ‘Earth Day’ yang disambut pada 22 April setiap tahun oleh lebih 180 negara di seluruh dunia.
Sambutan yang berlangsung sejak awal bulan hingga 22 April itu bertemakan ‘Eco Artisans’ dan mengetengahkan seni barangan kitar semula selari dengan mesej yang ingin disampaikan kepada orang ramai iaitu melindungi alam sekitar.
Pengurus Pemasaran KL Festival City Mall Too Yee Ping berkata, pihaknya percaya seni seumpama itu adalah landasan yang sesuai dalam memupuk semangat cintakan kehijauan dalam kalangan masyarakat.
“Suasana pusat beli-belah ini berseri dengan hasil kreatif dari botol yang dikitar semula oleh Malaysia Institute of Art (MIA) dan Yayasan Tzu Chi Malaysia.
“Kami harap dapat menarik minat rakyat Malaysia untuk menjaga alam sekitar dengan cara yang lebih bergaya seperti penghasilan seni yang dipamerkan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran rasmi ‘Earth Month’, semalam.
Beliau berkata, antara aktiviti yang akan dijalankan sempena sambutan itu adalah pemberian botol air BROS secara percuma (dengan pembelian RM200 ke atas) dan ‘Crafty Collection’ atau jualan hasil seni kitar semula oleh MIA dan Yayasan Tzu Chi Malaysia.
Katanya, pengguna media sosial boleh menyertai pertandingan ‘Artsy Selfie’ dengan menghantar gambar ‘selfie’ dengan seni kitar semula yang dipamerkan di pusat beli-belah itu ke Facebook rasminya iaitu www.facebook.com/KLFestivalCity.
No comments:
Post a Comment